Industri motosikal tempatan nampaknya semakin panas untuk tahun 2026. Terbaharu, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. secara rasmi diumumkan sebagai pengedar eksklusif bagi jenama ZXMOTO di Malaysia.
Sebenarnya, kerjasama ini bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba.
Ia bermula seawal Oktober 2025 apabila pengasas ZXMOTO, Zhang Xue, datang melawat fasiliti pemasangan MForce di Pulau Pinang. Lawatan ini menjadi titik mula kepada perbincangan lebih serius antara kedua-dua pihak, sebelum akhirnya mencapai persetujuan untuk kerjasama eksklusif.
Langkah ini dilihat sebagai strategi penting untuk memperkukuh kehadiran jenama baharu dalam pasaran Malaysia yang semakin kompetitif.
Sejak Januari 2026, MForce telah pun menerima tiga model motosikal ZXMOTO untuk menjalani ujian ketahanan tempatan.
Debut Rasmi Di Malaysia Bike Show 2026
Kalau korang nak tengok sendiri ZXMOTO, save the date:
29 Mei 2026
Malaysia Bike Show 2026
Menurut COO MForce, Asri Ahmad, beberapa model akan dipamerkan termasuk model berprestasi tinggi.
Lebih menarik, antara highlight yang bakal ditampilkan:
- Model yang pernah menang double victory dalam WorldSSP (Portugal)
- Jentera dari kejuaraan dunia FIM Supersport