Kalau anda pemilik atau bakal pemilik Honda ADV160, berita ini memang menarik. Boon Siew Honda kini bekerjasama dengan EMS Motorsports untuk menawarkan pilihan aksesori yang lebih kemas, praktikal dan sesuai dengan gaya tunggangan penunggang Malaysia.

Melalui kerjasama ini, EMS Motorsports membawakan rangkaian aksesori khas yang direka untuk melengkapkan ADV160 — bukan sekadar cantik, tapi fokus kepada kegunaan sebenar harian, tunggangan bandar dan juga perjalanan jauh.

Tiga Gaya, Satu ADV160

Untuk peringkat awal, EMS memperkenalkan tiga konsep gaya berbeza khusus untuk Honda ADV160:

  • Outdoor Style – untuk yang suka riding santai, adventure ringan dan laluan luar bandar

  • City Style – sesuai untuk kegunaan harian, kemas dan praktikal di bandar

  • Touring Style – fokus kepada keselesaan dan fungsi untuk perjalanan jarak jauh

Semua setup ini boleh dilihat secara fizikal di Honda Impian X dan pengedar Honda terpilih. Jadi pembeli boleh terus bayangkan rupa dan fungsi sebelum buat keputusan.

Kempen ADV160 + EMS Lebih Bergaya

Menariknya, kerjasama ini turut disertakan dengan kempen ADV160 + EMS Lebih Bergaya yang berlangsung dari 2 Disember 2025 hingga 28 Februari 2026.

Sepanjang tempoh ini, pembeli Honda ADV160 baharu yang mendaftar melalui Honda X akan menerima baucar EMS bernilai RM500, yang boleh digunakan untuk pembelian aksesori EMS.

Bagi yang nak lebih banyak pilihan, katalog penuh aksesori EMS juga boleh dilihat di lokasi Select Shop terpilih.

Aksesori Terus Siap Dari Awal

Apa yang menarik, semua aksesori di bawah kolaborasi ini direka, dihasilkan dan disokong sepenuhnya oleh EMS Motorsports. Ini bermakna pemilik ADV160 boleh terus setup motosikal ikut gaya sendiri seawal hari pertama — tanpa perlu cari aksesori aftermarket secara berasingan.

Pendekatan ini selari dengan konsep Honda untuk memberi pengalaman pemilikan yang lebih puas, praktikal dan yakin sejak mula.

Bonus: Waranti Tambahan

Sebagai nilai tambah, Boon Siew Honda turut menawarkan Honda Xtend Programme, iaitu waranti lanjutan selama 1 tahun dengan jarak perbatuan tanpa had, hasil kerjasama dengan Allianz Insurance. Sesuai untuk yang nak tunggang dengan lebih tenang, terutama untuk penggunaan jangka panjang.