Aveta Motor Malaysia kembali menggegarkan segmen Adventure Touring Crossover (ATC) dengan pelancaran versi dipertingkatkan bagi model popular mereka, Aveta Vanguard 250. Skuter yang pernah mencetak nama dalam The Malaysia Book of Records ini kini tampil lebih matang, hasil daripada maklum balas komuniti penunggang di seluruh negara.

Vanguard 250 bakal berada di pasaran bermula awal Mac 2026, model ini ditawarkan pada harga jualan asas RM16,688 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans)

Evolusi Berdasarkan Suara Penunggang

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia, Steven Lim, setiap perubahan yang dilakukan adalah berasaskan input daripada aktiviti konvoi, sesi pertemuan pemilik, dan data perkhidmatan selepas jualan. Ini membuktikan komitmen Aveta dalam memastikan Vanguard 250 kekal relevan sebagai jentera harian dalam bandar dan pengembaraan jarak jauh.

 

 

10 Penambahbaikan Yang Perlu Anda Tahu

Vanguard 250 versi 2026 ini bukan sekadar kosmetik, ia melibatkan naik taraf teknologi dan mekanikal yang signifikan:

  1. Paparan Digital TFT 7″ (Skrin Sentuh): Antaramuka lebih moden dan intuitif untuk akses maklumat tunggangan.
  2. Cermin Hadapan Elektrik: Boleh dilaras secara elektronik untuk perlindungan angin yang optimum.
  3. Suis Kawalan Baharu: Reka bentuk yang lebih kemas dan mudah dikendalikan.
  4. Sistem ABS & TCS Boleh Tutup: Memberikan fleksibiliti penuh kepada penunggang, terutamanya untuk aktiviti pengembaraan ringan (off-road santai).
  5. Penyerap Hentak Belakang Boleh Laras: Kestabilan lebih baik mengikut bebanan muatan.
  6. Ruang Simpanan Lebih Luas: Kini mampu memuatkan sebuah helmet full-face di bawah tempat duduk.
  7. Reka Bentuk Tempat Duduk Baharu: Fokus kepada keselesaan perjalanan jauh dan ergonomik ketika berhenti.
  8. Pelindung Ekzos Dipanjangkan: Perlindungan haba tambahan untuk keselamatan pembonceng.
  9. Tapak Kaki Pembonceng Dipertingkatkan: Lebih stabil dan selesa untuk pembonceng.
  10. Penutup Enjin Baharu: Memudahkan urusan penyelenggaraan berkala.

Warna Baharu & Ketersediaan

Bagi menyerlahkan lagi imej pengembaraan, Aveta memperkenalkan dua pilihan warna baharu yang cukup menarik iaitu Nano Green dan Desert Bronze.

 

Sejak penubuhannya pada 2018, Aveta terus konsisten menawarkan motosikal berkualiti tinggi pada harga mampu milik untuk gaya hidup rakyat Malaysia. Dengan pelancaran Vanguard 250 versi dipertingkatkan ini, mereka sekali lagi menetapkan standard tinggi dalam kelas 250cc.

Vanguard 250
Vanguard 250
Vanguard 250
Vanguard 250
Vanguard 250
Vanguard 250
Vanguard 250
Vanguard 250